Saturday, 22 October 2011

Minggu keenam :)

Minggu ini juga seperti minggu yang lain. Tugasan semakin mencabar minda. Kerjasama pasangan amat diperlukan untuk menyiapkan tugasan pada minngu ini. Alhamdulillah~ Pasangan memberi kerjasama yang sewajarnya untuk kami sama-sama mengorak langkah ke hadapan untuk bagi memenuhi tuntutan tugasan yang semakin mencabar ini. Perasaan seronok mula timbul apabila melakukan tugasan bersama. Tema tugasan pada minggu ini " Explore , Create , Excell "..


Tugasan pada minggu ini : Mini Research..


Saya membuka laman sesawang untuk mencapai ke link yang menjadi bahan rujukan. Antara link yang menjadi rujukan saya ialah :
 -http://www.statpac.com/surveys/
 -http://www.surveysystem.com/sdesign.htm
 -http://www.cc.gatech.edu/classes/cs6751_97_winter/Topics/quest-desig

Saya telah membaca rujukan yang diberikan dan membuat perbincangan dengan pasangan saya. Saya ada menyertakan link rujukan ini ke dalam facebook group tetapi nampaknya tiada respon serta komen dari rakan-rakan yang lain. Jadi,saya mengandaikan bahawa mereka mungkin telah memahami sumber rujukan tersebut. Melalui rujukan yang telah dibuat , saya mencipta 10 soalan untuk dijadiakn sebagai penilaian tajuk tugasan kami iaitu Kemahiran Abad ke-21. Sukar juaga untuk saya dan pasangan mencipta soalan berdasarkan tajuk. Kemudiannya,kami terus membuat perbincangan dan akhirnya kami berjaya mencipta 10 soalan tersebut.
Langkah seterusnya pula ialah membuat soalan untuk tinjauan ( survey ) mengenai Kemahiran Abad ke-21 dengan menggunakan Survey Monkey.

                                         
 Pertama sekali , saya perlu mendaftar di www.surveymonkey.com/ . Maklumat perlu diisi mengikit arahan yang diberikan. Seterusnya pengesahan dihantar ke email saya dalam masa yang agak singkat.


                                                                       Pendaftarn

Seterusnya pula adalah membuat tinjauan melalui survey . Melalui surveymonkey saya boleh membuat borang tinjaun kepada responden berkaitan dengan Kemahiran Abad ke-21.

                                 
Soalan survei boleh mula dicipta. Soalan survei berkaitan dengan Kemahiran Abad ke-21 dibuat berdasarkan objektif masing-masing.Soalan yang dicipat haruslah mempunyai pilihan jawapan yang tetap sahaja seperti " Ya" ,"Tidak", "Setuju","Tidak setuju" dan "Tidak pasti".

                                     
  Setelah siap mencipta soalan,saya menyertakan llink bagi survei ini ke facebook group untuk mendapat feedback dari rakan-rakan. Namun sehingga saya menulis di blog ini,masih tiada respon yang saya terima. Saya beranggapan sekali lagi bahawa mereka bersetuju dengan soalan-solan yang saya kemukakan.


                                                             contoh soalan soal selidik





* Rakan-rakan yang disayangi sekalian ,saya ingin memohon kerjasama anda semua untuk memberi pandangan mengenai soal selidik kumupulan kami yang bertajuk Kemahiran Abad ke-21 :
            - http://www.surveymonkey.com/s/R5BFCDT



Terima kasih atas kerjasama :)




Kemudian , saya membuat soalan menggunakan Google Document. 
http://www.gmail.com


Hanya perlu log masuk ke akaun Google dan pergi ke bahagian document. Tekan create new dan pilih form. 
Saya belajar menambah demografi dan soalan dalam pelbagai jenis format sperti pilihan berganda,kotak semak dan jawapan skala.Saya juga belajar menggunakan fungsi lain yang terdapat dalam Google document
seperti : edit , share , duplicate dan sebagainya yang boleh membantu saya untuk membuat soalan kaji selidik. Setelah selesai mencipta soalan , saya juga memuat turun soalan untuk dijadikan simpanan dan dictak untuk membuat soal selidik kepada responden di sekitar akmpus saya.




             

Saya juga telah membuat "post" di facebook group saya dan rakan yang lain untuk menjawab soal selidik ini.




* Sekali lagi saya ingin meminta jasa baik kawan-kawan untuk menjawab soal selidik ini.
  - https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dDNWNWE3VC1RbElPVTJXSG9YMk1zeUE6M



Seterusnya pula , saya mencetak soalan kaji selidik saya untuk diedarkan kepada responden. Antara responden saya adalah penghuni Kolej Ungku Omar dimana tempat saya tinggal. Hal ini memudahkan lagi saya untuk berinteraksi dengan mereka. Saya telah menyediakan 10 borang soal selidik. Alhamdulillah , akhirnya kaji selidik saya berjaya diselesaikan. Terima kasih kepada responden yang sudi membantu.

Sekian :)

No comments:

Post a Comment