Monday 14 November 2011

Minggu ketujuh dan kelapan :)

Assalamualaikum.
Topik minggu ini : " Statistical Package for Social Science (SSPS) "


Daripada kaji selidik yang telah dilakukan oleh saya dan pasangan saya,kami memindahkan data dan maklumat kaji selidik ke dalam SSPS . Saya dan pasangan saya menghadapi kesukaran kerana kami tidak mengetahui apa-apa mengenai SSPS apatah lagi untuk menggunakan serta mengaplikasikannya. Saya dan rakan lain berjumpa dengan Encik Mansor untuk meminta perisian SSPS tersebut. Encik Mansor setuju untuk memberikan perisia tersebut. Terima kasih Encik Mansor :) 
Setelah  mendapat perisian SSPS tersebut , saya tidak terus membuat kerja yang diamanahkan. Saya sibuk memikirkan cara untuk balik ke Sarawak. Secara jujurnya , saya langsung tidak mengendahkan tugasan saya sebaliknya sibuk memkirkan penerbangan saya ke Sarawak. 
Kerja saya dimulakan dengan memindahkan data dari borang soal selidik kumpulan kami ke dalam SSPS. Kami telah memberikan kod untuk setiap pembolehubah yang ada dalam soal selidik kami. Contonya seperti no id bagi setiap borang soal selidik yang telah dijawab oleh responden seperti KM1,KM2,KM3,KM4 , ......................... Seterusnya pula diikuti oleh jantina responden. Kod yang digunakan adalah seperti berikut :
                               0 = lelaki
                               1 = perempuan
Seterusnya pula adalah skala untuk menentukan respon dari responden iaitu :
                               0 = Sangat Tidak Setuju
                               1 = Tidak Setuju
                               2 = Kurang Setuju
                               3 = Setuju
                               4 = Sangat bersetuju

Setelah selesai , kami membuka SSPS dan menamakan pembolehubah yang telah kami guna sepanjang soal selidik dijalankan.

Antara pembolehubah yabg digunakan adalah :
  • Nonbor id
  • Jantina
  • Umur
  • Penempatan
  • Skala jawapan

    Setelah selesai memindahkan data ke dalam SSPS , kami membuat analisis data yang telah dimasukkan. SSPS membantu kami membuat Frequencies , analisis data dan graf. Hasil ini membantu kami untuk membuat laporan mengenai soal selidik ini.

    Seletah mendapatkan graf dan jadual , kami memindahkan kesemuan nya ke dalam OpenOffice Writer untuk membuat laporan seterusnya.
    Kami juga membuat soal selidik secara subjektif melalui facebook group. araespon serta pandangan dari rakan-rakan serta pasanagan kerja akan dimuatkan dalam laporan nanti.
    Seterusnya,kami menyiapkan laporan berdasarkn praforma yang diberikan.


    1. Tajuk laporan hendaklah dibuat berdasarkan tajuk tugasan iaitu Kemahiran Abad ke-21..

    2. Abstrak pula merujuk kepada keseluruhannya kandungn laporan untuk membuat kesimpulan awal.Kesimpulan awal bertujuan memberitahu kepada pembaca tujuan laporan ditulis.



    3. Pengenalan pula merujuk kepada permulaan sesuatu laporan.Pendahuluan hendaklah ditulis berdasarkan kehendak tugasan dan tidak menyimpang dari tajuk asal.

    4. Kajian lepas merujuk kepda model atau contoh kepada laporan yang akan dibuat. Selain uitu,bertujuan unutk menghuraikan semula teori yang telah diguna pakia sebelum ini. Berkemungkinan sama dengan tajuk tugasan yang diberikan. Cara-cara nya adalah seperti berikut iaitu dengan membaca penulisan ilmiah lepas (berkaitan dengan tajuk ),nilai hasil penulisan dan memastikan penulisan adalah berkualiti,boleh dipercayai,objektif yang berkaitan dengan tujuan kajian dan mencukupi.,buat ringkasan penulisan ilmiah,menggabungkan penulisan ilmiah tersebut menjadi sesuatu yang anda boleh jadikan penyelesain masalah kajian anda. Bagi pendapat sama ada anda setuju dengan pandangan mereka atau sebaliknnya.

    5) Metadologi kajian merujuk kepada langkah yang digunakan untuk membuat kajian. Kaedah membuat kajian hendaklah dinyatakan. Contonhya denagn membuat carta alir  dan sebagainya.


    6) Dapatan kajian merujuk kepada semua data,graf ataupun jadual min atau apa-apa hasil kajian kualitatif mahupun kuatitatif,data-data hasil soal selidik,bincangkan secara ringkas.

    7) Perbincanganmerujuk kepada perbincangan terperinci  teliti hasil kajian yang telah dijalankan. Seharusnya menagitkn objektif kajian serta membuat perbincangan masalah dengan hasil / dapatan kajian.

    8)  Kesimpulan merujuk kepada dapatan kajian,serta pencapaian objektif asal di samping cadangan-cadangan bagi mengatasi masalah yang timbul.


    Laporan yang telah disiapkan :






    Setelah siap,laporan telah dimasukkan ke yahoo group saya dan pasangan saya.

    Untuk melihat laporan jurnal yang telah ldibuat,boleh klik di sini >> Klik ya :D
    Sekian , terima kasih.


    never complain to people around you, learn how to complain to yourself alone for you to visualize your mistakes.

    No comments:

    Post a Comment