Wednesday 21 December 2011

Minggu Keempat Belas :)

DATABASE

Tugasan pada minggu ini adalah untuk membuat pangkalan data maklumat pelajar dengan menggunakan Open Office Database.



Langkah pertama yang perlu dibuat , adalah membuka perisian OpenOffice Database dan kemudiannya simpan database yang kita gunakan.
Saya telah menamakan database tersebut dengan tajuk "Sistem Maklumat Murid".

Seterusnya,saya mula membuat jadual. Jadual yang dibuat dibahagikan kepada 4 iaitu :
-Butir Diri
-Butir Keluarga
-Butir Kurikulum
-Butir Kokurikulum


Saya telah menetapkan no-id sebagai primary key.


Langkah yang sama diulang untuk butir seterusnya seperti butir keluarga,butir kurikulum dan butir kokurikulum.
Setelah siap , saya perlu menentukan relationship untuk butir-butir tersebut.


Seterusnya,saya membuat borang untuk mengisi data murid.


Langkah yang sama diulang untuk butir yang lain. 
Seterusnya , saya perlu membuat Query. Query hendaklah dibuat berdasarkan jadual.


Query yang dibuat berdasarkan butir-butir pelajar , keluarga , kurikulum dan kokurikulum.

Seterusnya pula,saya membuat laporan. Laporan diolah berdasarkan query yang telah disiapkan.


Selesai sudah tugasan terkahir saya.Saya telah memuat naik tugasan saya ke dalam Goolg Docs untuk dikongsi bersama rakan-rakan yang lain.



Sekian saja pada minggu ini, Kita jumpa lagi pada penulisan saya yang akan datang. Tapi pada penuisan seterusnya,saya tidak berfokuskan kepada kursus Komputer Dalam Pendidikan semata-mata. Namun begitu,perjuangan saya di UKM masih panjang dan tidak terhenti setakat di sini sahaja.Segala salah dan siap saya sepanjang penulisan dalam blog ini,harap dimaafkan dan diperbetulkan.Apa yang baik itu datang nya dari Allah dan segala kelemahan dalam blog ini datangnya dari saya sendiri. 

Dedikasi buat ayah dan bonda :

Terima kasih atas sokongan dari kalian. Sokongan moral , semangat , wang ringgit yang sentiasa tidak putus untuk anakanda di sini. Harapan anakanda agar dapat berjaya dalam hidup utuk memberi seribu kepuasan kepada ayah dan bonda. Doakan kejayaan anakanda mu ini untuk menghadapi hari-hari mendatang di UKM dan peperiksaan akhir semester ini.Doa dan restu kalian yang menjadi tonggak perjuangan anakanda di sini. Terima kasih untuk segalanya.

Dedikasi buat tenaga pengajar :

Tanpa kalian , mustahil untuk saya mampu menyelesaikan tugasan yang diberikan.Teguran serta tunjuk ajar dari kalian akan sentiasa saya simpan dan dijadikan pedoman dalam hidup saya.Maafkan saya jika pernah mengguris perasaaan kalian , tidak menyiapkan tugasan pada waktu yang sepatutnya.Maafkan saya.Doakan saya agar berjaya dalam kursus ini dan kursus-kursus yang lain.Doa dan restu kalian amat saya harapkan.Terima Kasih..

Dedikasi buat teman-teman tak kira di mana jua anda berada :

Terima kasih atas tunjuk ajar kalian.Kalian yang banyak membantu sepanjang kursus ini dan kursus-kursus yang lain.Harapan saya agar kalian juga mampu mengharungi kehidupan di UKM ini dengan membawa kejayaan kepada ayah dan bonda masing-masing.Saya ingin memohon seribu kemaafan kepada kalian andai saya pernah mengguris hati dan perasaan kalian.Andai pernah membuat kalian berkecil hati dengan tindakan saya,maafkan saya.Semoga kita semua berjaya dalam peperiksaan yang akan datang untuk terus bersama mengorak langkah ke gerbang kejayaan.
Kepada sahabatku , terima kasih juga kerana memberi semanagat yang tidak putus-putus walaupun dari jauh.Sentiasa menjadi pendengar setia kepada setiap permasalahan aku di sini.Terima kasih sangat-sangat.Moga ukhuwah yang terjalin anatara kita akan terus mekar dari semasa ke semasa.Aku sangat merindui kalian semua.

Dedikasi buat ahli keluargaku :

Buat Abang yang tersayang,tunjuk ajar mu memberi seribu manfaat kepada perjuangan aku di sini.InsyaAllah , kejayaan abang kelak akan akan menjadi inspirasi kepada adik-adik yang lain.Terima kasih kerana sentiasa mengambil berat tentang pelajaran aku di sini.
Buat adik-adik di rumah , terima kasih juga kerana sentiasa berusaha untuk memberi semnagat kepada kakak sepanjang berada di sini.Kata-kata semagat kalian sentiasa terngiang-ngiang di fikiran kakak. Harapan kakak, agar kalian mampu menempuh kehidupan di sekolah dan menjadi anak yang baik.

Sekian sahaja untuk kali ini. Terima Kasih.


Minggu Ketiga Belas :)

SPREADSHEET


Pada minggu ini,saya telah didedahkan dengan penggunan Microsoft Excell dan OpenOffice Spreadsheet.

Untuk tugasan 1,saya diminta untuk membuat perancangan perbelanjaan diri bagi tahun hadapan iaitu tahun 2012.Perancangan hendaklah dibuat sepanjang tahun bermula dari Januari 2012 sehingga Disember 2012.
Tugasan ini memerlukan saya menggunakan OpenOffice Spreadsheet.

OpenOffice Spreadsheet
-Boleh dimuat turun dengan percuma dari internet
-Fungsi hampir sama dengan Microsoft Excell.
-Memudahkan kerja yang melibatkan formula/pengiraan.




Saya telah mengisi label-label yang dikehendaki dalam cell yang telah disediakan.Setiap cell mempunyai satu label yang akan digunakan sepanjang proses merancang perbelanjaan.


Setelah selesai membuat label,saya mengisi data berkaitan perbelanjaan.


Setelah selesai mengisi data,saya telah memasukkan formula untuk mengira perbelanjaan saya.


Penggunaan formula memudahkan saya untuk membuat pengiraan.Kerja menjadi lebih pantas berbanding menggunakan kaedah manual.Langkah yang sama diulang-ulang sehingga ke Disember 2012.

Microsoft Excell

-Disediakan bersama Microsoft Windows yang lain.
-Perlu dibeli dan tidak disediakan percuma
-Memudahkan pengiraan yang memerlukan formula.


Bagi tugasan seterusnya,saya menggunakan Microsoft Excell.Tugasan ini memerlukan saya unutk mengira gred murid di dalam sesebuah kelas.Gred ini ditentukan menggunakan Microsoft Excell bagi memudahkan pengiraan.

Langkah pertama yang saya lakukan iaitu dengan memasukkan data ke dalam setiap cell mengikut keperluan.


Seterusnya saya mengisi nama pelajar dalam cell yang kedua selepas no.


Setelah selesai,saya mengisi markah pelajar mengikut matapelajaran.


Sterusnya pula,saya menetukan formula untuk mengira jumlah markah bagi pelajar.



Setelah selesai,saya telah mengapilkasikan beberapa formula seperti:
-Average
-Standard Deviation
-Minimum
-Maksimum


Seterusnya saya membuat kotak JADUAL GRED PELAJAR. Jadul gred pelajar digunakan untuk menentukan gred bagi setiap matapelajaran.Antara formula yang saya gunakan ialah :
-define name/range
-Vlookup

Terakhir sekali , saya membuat graf.

Setelah selesai kedua-dua tugasan,saya memuat naik ke dalam Google Docs untuk dikongsikan bersama.
Sekian untuk kali ini.

#Selamat membaca :)))

Keep steadily before you the fact that all true success depends at last upon yourself.

Minggu Sebelas dan dua belas :)

CREATIVE EFFECTIVE MULTIMEDIA PRODUCTION

Pada minngu ini,saya telah mempelajari 2 perkara iaitu:
1.Presentation skils
2.Impress

Presentation Skills

1.Kandungan outline
-Jadikan slaid petama sebagai outlie persembahan
-Minimumkan bilangan slaid yang digunakan
2.Font
-bersesuaian
-tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil
-font yang biasa. tidak berbunga-bunga
-boleh nampak dengan jelas
3.template
-bersesuaian dengan warna tulisan
-ton yang rendah
-tidak menyukarkan audiens untuk melihat
-animasai yang sederhana dan tidak keterlaluan

Impress

-Aplikasi yang bersifat Open Source.
-Boleh memuatturun secara percuma.
-Boleh digunakan dalam semua sistem operasi

Ciri-ciri Impress
-Dapat membuat persembahan yang dilengkapi dengan multimedia
-Kemampaun untuk menambah animasi dan kesan khas dalam persembahan
-Kemampauan membuat persembahan dala bentuk grafik,gambar ,note dan handout
-Menyimpan dokumen dalam format XML
-Dapat menambah flash dalam slaid yang ditayangkan



Saya telah membuat tugasan 7a menggunakan impress.
Maklumat dalam tugsan 5 digunakan untuk persembahan dalam impress yang telah saya buat.

Langkah pertama adalah dengan memilih tempalate.


Seterusnya pula,saya mula untuk mengolah persembahan berdasarkan makluamt yang ada untuk diletakkan di dalam slide.Saya juga memilih layout yang sesuai untuk keberkesanan persembahan.


Setelah selesai mengolah persembahan dalam slide,saya mengubah apa yang patut.Saya memperbetulkan ejaan yang salah,membesarkan sedikit tulisan bagi memudahkan audiens untuk melihat.

Hasil kerja saya telah dimuatnaikkan dalam google docs untuk dikongsi bersama rakan-rakan dan pensyarah.



Seterusnya pula adalah tugasan 7b.
Tugasan 7b dibuat menggunakan Microsoft PowerPoint.Tugasan hampir saam dengan tugasan 7a.Teapi dalam tugasan 7b hendaklah diselitkan bebrapa eleman penting seperti:

-video ( perlu diedit di dalam Windows Movie Maker )
-gambar/grafik ( edit dalam Paint )
-animasi ( edit dalam Custom Animation ,GIMP )
-bunyi ( edit dalam Audacity )

Seterusnya hendaklah dimuatnaik ke dalam CD.

Gambar

-diedit dalam Paint
-simpan gambar untuk diletakkan dalam slaid.


Bunyi

-Rakaman suara yang berkaitan.
-Menggunakan Audacity.
-Perlu dimuat turun sebelum memulakan operasi.
-Muat turun percuma dari internet.



Video Format

-diedit menggunakan Windows Movie Maker
-video singkat yang berkaitan dengan tajuk tugasan iaitu "Kemahiran Abad ke-21"



Setelah selesai membuat elemn-elemen yang dikehendaki , saya mula mengolah persembahan dalam slaid menggunakan Microsoft Power Point.



Saya telah memilih latarbelakang dan layout yang sesuai untuk pembentangan.
Maklumat dari tugasan 1 telah saya gunakan untuk mengolah persembahan slaid tersebut.



Setelah selesai kesemua slaid,saya mengubah apa yang patut.Saya juga memastikan semua elemen telah dimuatkan dalam slaid persembahan kumpulan kami.
Seterusnya,hasil kerja telah dimuatnaik ke dalam Google Docs untuk dikongsikan bersama pensyarah dan rakan-rakan sekelas.Masih banyak kelemahan yang telah dikenalpasti dalam persembahan yang dihasilkan.

"SHARING IS CARING"

Jumpa lagi minggu depan :)