Wednesday 21 December 2011

Minggu Keempat Belas :)

DATABASE

Tugasan pada minggu ini adalah untuk membuat pangkalan data maklumat pelajar dengan menggunakan Open Office Database.



Langkah pertama yang perlu dibuat , adalah membuka perisian OpenOffice Database dan kemudiannya simpan database yang kita gunakan.
Saya telah menamakan database tersebut dengan tajuk "Sistem Maklumat Murid".

Seterusnya,saya mula membuat jadual. Jadual yang dibuat dibahagikan kepada 4 iaitu :
-Butir Diri
-Butir Keluarga
-Butir Kurikulum
-Butir Kokurikulum


Saya telah menetapkan no-id sebagai primary key.


Langkah yang sama diulang untuk butir seterusnya seperti butir keluarga,butir kurikulum dan butir kokurikulum.
Setelah siap , saya perlu menentukan relationship untuk butir-butir tersebut.


Seterusnya,saya membuat borang untuk mengisi data murid.


Langkah yang sama diulang untuk butir yang lain. 
Seterusnya , saya perlu membuat Query. Query hendaklah dibuat berdasarkan jadual.


Query yang dibuat berdasarkan butir-butir pelajar , keluarga , kurikulum dan kokurikulum.

Seterusnya pula,saya membuat laporan. Laporan diolah berdasarkan query yang telah disiapkan.


Selesai sudah tugasan terkahir saya.Saya telah memuat naik tugasan saya ke dalam Goolg Docs untuk dikongsi bersama rakan-rakan yang lain.



Sekian saja pada minggu ini, Kita jumpa lagi pada penulisan saya yang akan datang. Tapi pada penuisan seterusnya,saya tidak berfokuskan kepada kursus Komputer Dalam Pendidikan semata-mata. Namun begitu,perjuangan saya di UKM masih panjang dan tidak terhenti setakat di sini sahaja.Segala salah dan siap saya sepanjang penulisan dalam blog ini,harap dimaafkan dan diperbetulkan.Apa yang baik itu datang nya dari Allah dan segala kelemahan dalam blog ini datangnya dari saya sendiri. 

Dedikasi buat ayah dan bonda :

Terima kasih atas sokongan dari kalian. Sokongan moral , semangat , wang ringgit yang sentiasa tidak putus untuk anakanda di sini. Harapan anakanda agar dapat berjaya dalam hidup utuk memberi seribu kepuasan kepada ayah dan bonda. Doakan kejayaan anakanda mu ini untuk menghadapi hari-hari mendatang di UKM dan peperiksaan akhir semester ini.Doa dan restu kalian yang menjadi tonggak perjuangan anakanda di sini. Terima kasih untuk segalanya.

Dedikasi buat tenaga pengajar :

Tanpa kalian , mustahil untuk saya mampu menyelesaikan tugasan yang diberikan.Teguran serta tunjuk ajar dari kalian akan sentiasa saya simpan dan dijadikan pedoman dalam hidup saya.Maafkan saya jika pernah mengguris perasaaan kalian , tidak menyiapkan tugasan pada waktu yang sepatutnya.Maafkan saya.Doakan saya agar berjaya dalam kursus ini dan kursus-kursus yang lain.Doa dan restu kalian amat saya harapkan.Terima Kasih..

Dedikasi buat teman-teman tak kira di mana jua anda berada :

Terima kasih atas tunjuk ajar kalian.Kalian yang banyak membantu sepanjang kursus ini dan kursus-kursus yang lain.Harapan saya agar kalian juga mampu mengharungi kehidupan di UKM ini dengan membawa kejayaan kepada ayah dan bonda masing-masing.Saya ingin memohon seribu kemaafan kepada kalian andai saya pernah mengguris hati dan perasaan kalian.Andai pernah membuat kalian berkecil hati dengan tindakan saya,maafkan saya.Semoga kita semua berjaya dalam peperiksaan yang akan datang untuk terus bersama mengorak langkah ke gerbang kejayaan.
Kepada sahabatku , terima kasih juga kerana memberi semanagat yang tidak putus-putus walaupun dari jauh.Sentiasa menjadi pendengar setia kepada setiap permasalahan aku di sini.Terima kasih sangat-sangat.Moga ukhuwah yang terjalin anatara kita akan terus mekar dari semasa ke semasa.Aku sangat merindui kalian semua.

Dedikasi buat ahli keluargaku :

Buat Abang yang tersayang,tunjuk ajar mu memberi seribu manfaat kepada perjuangan aku di sini.InsyaAllah , kejayaan abang kelak akan akan menjadi inspirasi kepada adik-adik yang lain.Terima kasih kerana sentiasa mengambil berat tentang pelajaran aku di sini.
Buat adik-adik di rumah , terima kasih juga kerana sentiasa berusaha untuk memberi semnagat kepada kakak sepanjang berada di sini.Kata-kata semagat kalian sentiasa terngiang-ngiang di fikiran kakak. Harapan kakak, agar kalian mampu menempuh kehidupan di sekolah dan menjadi anak yang baik.

Sekian sahaja untuk kali ini. Terima Kasih.


No comments:

Post a Comment