Wednesday 21 December 2011

Minggu Ketiga Belas :)

SPREADSHEET


Pada minggu ini,saya telah didedahkan dengan penggunan Microsoft Excell dan OpenOffice Spreadsheet.

Untuk tugasan 1,saya diminta untuk membuat perancangan perbelanjaan diri bagi tahun hadapan iaitu tahun 2012.Perancangan hendaklah dibuat sepanjang tahun bermula dari Januari 2012 sehingga Disember 2012.
Tugasan ini memerlukan saya menggunakan OpenOffice Spreadsheet.

OpenOffice Spreadsheet
-Boleh dimuat turun dengan percuma dari internet
-Fungsi hampir sama dengan Microsoft Excell.
-Memudahkan kerja yang melibatkan formula/pengiraan.




Saya telah mengisi label-label yang dikehendaki dalam cell yang telah disediakan.Setiap cell mempunyai satu label yang akan digunakan sepanjang proses merancang perbelanjaan.


Setelah selesai membuat label,saya mengisi data berkaitan perbelanjaan.


Setelah selesai mengisi data,saya telah memasukkan formula untuk mengira perbelanjaan saya.


Penggunaan formula memudahkan saya untuk membuat pengiraan.Kerja menjadi lebih pantas berbanding menggunakan kaedah manual.Langkah yang sama diulang-ulang sehingga ke Disember 2012.

Microsoft Excell

-Disediakan bersama Microsoft Windows yang lain.
-Perlu dibeli dan tidak disediakan percuma
-Memudahkan pengiraan yang memerlukan formula.


Bagi tugasan seterusnya,saya menggunakan Microsoft Excell.Tugasan ini memerlukan saya unutk mengira gred murid di dalam sesebuah kelas.Gred ini ditentukan menggunakan Microsoft Excell bagi memudahkan pengiraan.

Langkah pertama yang saya lakukan iaitu dengan memasukkan data ke dalam setiap cell mengikut keperluan.


Seterusnya saya mengisi nama pelajar dalam cell yang kedua selepas no.


Setelah selesai,saya mengisi markah pelajar mengikut matapelajaran.


Sterusnya pula,saya menetukan formula untuk mengira jumlah markah bagi pelajar.



Setelah selesai,saya telah mengapilkasikan beberapa formula seperti:
-Average
-Standard Deviation
-Minimum
-Maksimum


Seterusnya saya membuat kotak JADUAL GRED PELAJAR. Jadul gred pelajar digunakan untuk menentukan gred bagi setiap matapelajaran.Antara formula yang saya gunakan ialah :
-define name/range
-Vlookup

Terakhir sekali , saya membuat graf.

Setelah selesai kedua-dua tugasan,saya memuat naik ke dalam Google Docs untuk dikongsikan bersama.
Sekian untuk kali ini.

#Selamat membaca :)))

Keep steadily before you the fact that all true success depends at last upon yourself.

No comments:

Post a Comment