Saturday 22 October 2011

Minggu keenam :)

Minggu ini juga seperti minggu yang lain. Tugasan semakin mencabar minda. Kerjasama pasangan amat diperlukan untuk menyiapkan tugasan pada minngu ini. Alhamdulillah~ Pasangan memberi kerjasama yang sewajarnya untuk kami sama-sama mengorak langkah ke hadapan untuk bagi memenuhi tuntutan tugasan yang semakin mencabar ini. Perasaan seronok mula timbul apabila melakukan tugasan bersama. Tema tugasan pada minggu ini " Explore , Create , Excell "..


Tugasan pada minggu ini : Mini Research..


Saya membuka laman sesawang untuk mencapai ke link yang menjadi bahan rujukan. Antara link yang menjadi rujukan saya ialah :
 -http://www.statpac.com/surveys/
 -http://www.surveysystem.com/sdesign.htm
 -http://www.cc.gatech.edu/classes/cs6751_97_winter/Topics/quest-desig

Saya telah membaca rujukan yang diberikan dan membuat perbincangan dengan pasangan saya. Saya ada menyertakan link rujukan ini ke dalam facebook group tetapi nampaknya tiada respon serta komen dari rakan-rakan yang lain. Jadi,saya mengandaikan bahawa mereka mungkin telah memahami sumber rujukan tersebut. Melalui rujukan yang telah dibuat , saya mencipta 10 soalan untuk dijadiakn sebagai penilaian tajuk tugasan kami iaitu Kemahiran Abad ke-21. Sukar juaga untuk saya dan pasangan mencipta soalan berdasarkan tajuk. Kemudiannya,kami terus membuat perbincangan dan akhirnya kami berjaya mencipta 10 soalan tersebut.
Langkah seterusnya pula ialah membuat soalan untuk tinjauan ( survey ) mengenai Kemahiran Abad ke-21 dengan menggunakan Survey Monkey.

                                         
 Pertama sekali , saya perlu mendaftar di www.surveymonkey.com/ . Maklumat perlu diisi mengikit arahan yang diberikan. Seterusnya pengesahan dihantar ke email saya dalam masa yang agak singkat.


                                                                       Pendaftarn

Seterusnya pula adalah membuat tinjauan melalui survey . Melalui surveymonkey saya boleh membuat borang tinjaun kepada responden berkaitan dengan Kemahiran Abad ke-21.

                                 
Soalan survei boleh mula dicipta. Soalan survei berkaitan dengan Kemahiran Abad ke-21 dibuat berdasarkan objektif masing-masing.Soalan yang dicipat haruslah mempunyai pilihan jawapan yang tetap sahaja seperti " Ya" ,"Tidak", "Setuju","Tidak setuju" dan "Tidak pasti".

                                     
  Setelah siap mencipta soalan,saya menyertakan llink bagi survei ini ke facebook group untuk mendapat feedback dari rakan-rakan. Namun sehingga saya menulis di blog ini,masih tiada respon yang saya terima. Saya beranggapan sekali lagi bahawa mereka bersetuju dengan soalan-solan yang saya kemukakan.


                                                             contoh soalan soal selidik





* Rakan-rakan yang disayangi sekalian ,saya ingin memohon kerjasama anda semua untuk memberi pandangan mengenai soal selidik kumupulan kami yang bertajuk Kemahiran Abad ke-21 :
            - http://www.surveymonkey.com/s/R5BFCDT



Terima kasih atas kerjasama :)




Kemudian , saya membuat soalan menggunakan Google Document. 
http://www.gmail.com


Hanya perlu log masuk ke akaun Google dan pergi ke bahagian document. Tekan create new dan pilih form. 
Saya belajar menambah demografi dan soalan dalam pelbagai jenis format sperti pilihan berganda,kotak semak dan jawapan skala.Saya juga belajar menggunakan fungsi lain yang terdapat dalam Google document
seperti : edit , share , duplicate dan sebagainya yang boleh membantu saya untuk membuat soalan kaji selidik. Setelah selesai mencipta soalan , saya juga memuat turun soalan untuk dijadikan simpanan dan dictak untuk membuat soal selidik kepada responden di sekitar akmpus saya.




             

Saya juga telah membuat "post" di facebook group saya dan rakan yang lain untuk menjawab soal selidik ini.




* Sekali lagi saya ingin meminta jasa baik kawan-kawan untuk menjawab soal selidik ini.
  - https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dDNWNWE3VC1RbElPVTJXSG9YMk1zeUE6M



Seterusnya pula , saya mencetak soalan kaji selidik saya untuk diedarkan kepada responden. Antara responden saya adalah penghuni Kolej Ungku Omar dimana tempat saya tinggal. Hal ini memudahkan lagi saya untuk berinteraksi dengan mereka. Saya telah menyediakan 10 borang soal selidik. Alhamdulillah , akhirnya kaji selidik saya berjaya diselesaikan. Terima kasih kepada responden yang sudi membantu.

Sekian :)

Sunday 16 October 2011

Minggu Kelima :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Tugasan yang diberikan dari minggu ke minggu semakin mencabar. Komitmen yang tinngi diperlukan untuk saya dan pasangan kerja saya menyiapkan tugasan yang diberi. Pada mula nya saya tidak faham apa yang perlu dilakukan berdasarakan praforma kursus yang telah diberi. Saya mengambil inisiatif untuk bertanya kepada rakan-rakan yang lain. Alhamdulillah , mereka dengan senanga hati membantu saya memahami praforma tersebut. Terima kasih semuanya :)

Tema pada minggu ini adalah : EXPLORE , INNOVATE , EXCEL.

Pertama kali , apa yang perlu saya buat ialah membuat penyelidikan ( reseach ) secara individu.
Kami perlu belajar mengenai proses penyelidikan pendidikan melalui laman-laman sesawang yang diberikan seperti :
http://library.albany.edu/subject/tutorials/education/index.html
-http://www.iiep.unesco.org/fileadmin/user_upload/Cap_Dev_Training/Training_Materials/Quality/Qu_Mod1.pdf
http://writing.colostate.edu/guides/research/survey
http://managementhelp.org/businessresearch/questionnaires.htm



Seterusnya Literature Review :

http://lancashirecare.wordpress.com/2008/03/19/easy-steps-to-doing-a-literature-review/
http://www.gwu.edu/~litrev
http://www.writing.utoronto.ca/advice/specific-types-of-writing/literature-review
http://www.3metaku.com


Kami dikehendaki untuk merancang , mencari , membuat penilaian seterusnya memilih :

- dua jurnal dari pangkaln data penyelidikan UKM , satu artikel dari "google scholar"  yang berkaitan dengan topik tugasan kami iaitu KEMAHIRAN ABAD KE-21
 1)http://ukm.academia.edu/TuanMasturaTuanSoh/Papers/640730/Development_and_validation_of_the_Malaysian_21st_century_skills_instrument_M-21CSI_for_science_students
 2)http://www.jstor.org/pss/27652741

- Satu buku  , google.com ( semestinya berkaitan dengan Kemahiran Abad ke-21)



Seterusnya berbincang dengan pasangan kerja masing-masing di facebook group.
Hasil tugasan juga boleh dikongsi dengan rakan-rakan yang lain dan boleh saling bertukar-tukar pendapat..



Sebelum membuat tugasan seterusnya , kaji diminta untuk membuat penyelidikan mengenai isu "Plagiarirme" .
Laman web yang telah diberikan kepad kami untuk dikaji ialah :

http://www.plagiarism.org/
http://guides.library.ualberta.ca/content.php?pid=62200&sid=457651
http://www.plagiarism.org/plag_article_how_do_i_cite_sources.html



LEARNING BY DOING ASSIGNMENT 4 : Literature rebiew using online materials.
( Berkaitan dengan tajuk iaitu Kemahiran Abad ke-21)

Saya dan pasangan saya diminta untuk membuat kajian lepas(literature review) melalui bahan-bahan dari sumber atas talian atau maya. Tema tugasan pula adalah Merancang , mencari , menilai dan memilih bahan yang sesuai bedrdasarkan tajuk tugasan kami iaitu Kemahiran Abad ke-21.
Antara bahan yang diperlukan oleh kami untuk menyiapkan tugasan ialah :
- 2 artikel jurnal dari pangkalan data peneyelidikan UKM , satu artikel dari 'Google Scholar' yang berkaitan denagan Kemahran Abad ke-21.
- satu buku dari 'books.google.com' yang juga berkaitan dengan Kemahiran Abad ke-21.

Seterusnya , saya dan pasangan kerja saya membuat perbincangan melaui facebook group saya. Rakn-rakan dalam kumpulan juga boleh memberi pandangan serta pendpat masing-masing mengenai tugasan kami.

Akhir sekali , saya membuat laporan menggunakan OpenOffice Writer berkaitan dengan aplikasi Kemahiran Abad ke-21 dan masalah yang dihadapi untuk mengaplikasikan Kemahiran Abad ke-21 di Malaysia. Ini adalah pengalaman pertama say menggunaka OpenOffice Writer kerana sebelum ini saya tidak menyedari kewujudan OpenOffice Writer. Saya juga hendaklah mengemukakan rujukan untuk memgukuhkan lagi laporan tersebut.




Sekian , terima kasih.

Monday 10 October 2011

Minggu keempat :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Bertemu lagi kita pada hari ini. Harap-harap semuanya berada dalam keadaan sihat hendaknya. Alhamdulillah. Saya masih diberi kesempatan untuk menulisa di dalam blog ini.
Minggu ni sibuk sikit sebab terlibat serta menjadi peserta untuk Program Interaksi UPSM. Penat tapi sangat seronok sebenarnya. Hari saya saya berkesempatan untuk singgah di blog ini..

TUGASAN

Setelah selesai menaip tugasan yang diberikan dengan menggunakan Google.doc , saya telah meletakkan hasil tugasan kumpulan kami di dalam facebook group saya. Saya memerlukan pendapat , komen dan sebagainya dari ahli facebook group saya. Kami boleh bertukar-tukar pendapat serta maklumat untuk memantapkan lagi hasil tugasan kami. Seperti yang kita tahu , seorang mahasiwa atau mahasisiwi seharusnya boleh berfikir di luar kotak. Maksudnya , pemikiran hendaklah sentiasa ke hadapan dan boleh memberikan idea-idea serta pendapat yang bernas. Dengan cara ini , kami boleh berbincang serta bantu membantu antara satu dengan yang lain. Bak kata pepatah " ringan sama dijinjing , berat sama dipikul". InsyaAllah , ilmu yang ada boleh dikongsi bersama rakan-rakan yang lain.



Sekian sahaja untuk kali ini. kita jumpa lagi di minggu hadapan. Terima kasih kerana sudi membaca.
Salam sayang dari sya untuk anda semua.
Terima kasih :)

Thursday 6 October 2011

Minggu ketiga :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Bertemu lagi kita pada minngu ini. Alhamdulillah. Allah masih memberi peluang kepada kita untuk meneruskan kehidupan di bumi ciptaan-Nya ini.
Minggu ni saya dan rakan-rakan diminta untuk melakukan tugasan secara berpasangan. Kami diminta untuk memilih tajuk-tajuk yang telah diberikan. Antara tajuk yang diberi adalah seperti berikut :



  •  21st Century Skills 
  • Thinking skills and ICT
  • Internet and Computer Secutity ( Virus , Spam , Phising ) and Operating system
  • Original licensed software
  • Open source Software
  • Web 2.0 in education
  • E-learning and Mobile leaning
Saya dan pasangan saya iaitu Nurul Nadira Binti Mohd Noor telah memilih tajuk 21st Century Skills ( Kemahiran Abad ke-21 ). Saya juga memilih untuk membuat tugasan dalam Bahasa Malaysia. Tugasan yang diberikan dinamakan THINK , PAIR , SHARE activity.

Kaji topik kursus atau tugasan secara individu.

Saya mula membuka laman sesawang iaitu " Google " yang biasa sya gunakan untuk mencari maklumat. Saya mencari maklumat mengenai Kemahiran Abad ke-21 secara berseorangan. Antara kaedah yang saya gunakan adalah seperti kaedah pertanyaan iaitu APA , SIAPA , KENPA , DI MANA DAN BAGAIMANA. Melalui kaedah ini,maklumat yang saya perlukan lebih mudah untuk dicari. Maklumat yang telah diperolehi telah saya kumpulkan menjadi satu folder.

Berbincang dengan pasangan saya mengenai topik yang sama.


Perbincangan dengan pasangan saya dibuat secara bersemuka memandangkan kami tinggal di kolej yang sama. Kami berbincang bersama dan memilih untuk menjadikan 'facebook group' saya sebagai medan perbincangan denagan rakan-rakan yang lain. Hasil perbincangan telah saya letakkan dalam satu folder untuk dirujuk semula pada masa yanag akan datang.

Tugasan bermula


Saya dan kawan saya mula membuat tugasan. Kami masih mencari maklumat untuk dimuatkan di dalam tugasan kami. Kami juga menyediakan link bagi sesuatu maklumat yang kami perolehi bagi memudahkan rakan-rakan yang lain membuat rujukan dari semasa ke semasa. Antara subtopik yang kami sertakan dalam tugasan kami dalah seperti berikut :

  • Definisi dan konsep Kemahiran 
  • Kenapa perlu Kemahiran Abad ke-21?
  • Tanggungjawab guru atau pendidik untuk menyediakan serta mempersiapkan generasi yang mempunyai Kemahiran Abad ke-21.
  • Kemahiran Abad ke-21 dalam konteks piawaian akedamik yang telitil.
  • Bentuk teknologi digital yang yang merupakan sumber terbaik untuk membina kemahiran komunikasi interaktif.
  • Kemahiran komunikasi interaktif.
  • Pendidikan abad ke-21.
  • Elemen yang terkandung dalam Kemahiran Abad ke-21.
  • Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran yang ada dalam Kemahiran Abad ke-21
*REFLEKSI


KEMAHIRAN ABAD KE-21





Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang maju dan sentiasa menyediakan rakyatnya bagi menghadapi sebarang cabaran global supaya negara mereka sentiasa dapat bersaing dalam ekonomi dan teknologi. Antara cabaran terbesar yang perlu dihadapi oleh negara tersebut adalah menyediakan rakyat mereka untuk menguasai kemahiran abad ke21. Pendidikan memainkan peranan penting didalam mencorak ekonomi dan negara mereka. Beberapa polisi telah dibuat bagi memastikan negara mereka tidak ketinggalan dari menguasai kemahiran ini.
Polisi Persekutuan



  1. Menubuhkan jawatan Penasihat Kanan kepada Presiden untuk memudahkan usaha yang komprehensif keatas R&D( research and development) bagi membangunkan Kemahiran abad ke 21 dalam aspek pendidikan.
  2. Menubuhkan pejabat di Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat yang membuat rangka kerja untuk pembelajaran kemahiran abad ke 21.
  3. Memberi dana sebanyak 2 billion US dollar untuk pendidikan dan suku daripadanya digunakan untuk membangunkan R & D kemahiran abad ke 21 yang merangkumi kurikulum, arahan dan strategi penilaian.
  4. Menggubal Polisi Pembangunan Tenaga Kerja Kebangsaan-memastikan sekolah dilengkapi teknologi dan peralatan Abad ke 21 dan memastikan pendidikan kemahiran abad ke 21 membuahkan hasil.
Polisi Negeri
  1. Membuat polisi pembangunan tenaga kerja bagi peringkat negeri.Setiap aspek perlulah memberi fokus kepada usaha untuk mencapai matlamat iaitu penguasaan kemahiran abad ke 21.
  2. Melantik pegawai bertaraf anggota kabinet bagi memimpin dan menyelaraskan inisiatif kemahiran abad ke 21 bagi peringkat negeri.
  3. Selaraskan kaedah untuk mengukur hasil pengajaran kemahiran abad ke 21.
  4. Mengadakan kerjasama dengan syarikat perniagaan bagi menyediakan peluang kepada pendidik dan pelajar untuk belajar kemahiran abad ke 21.
  5. Menubuhkan pusat peringkat negeri untuk pembangunan profesional, pengajaran dan penilaian kemahiran abad ke 21.
Membangunkan Kemahiran Abad Ke 21 Di Malaysia
Antara langkah-langkah proaktif yang boleh diambil oleh Malaysia bagi membangunkan kemahiran abad ke 21 adalah :
  • Mengumpulkan ahli-ahli akademik dan ahli perniagaan bagi membincangkan mengenai kemahiran abad ke 21 demi kepentingan masyarakat dan negara.
  • Menjadikan kemahiran abad ke 21 sebagai salah satu dari strategi bagi membangunkan negara.
  • Menjadikan kemahiran abad ke 21 sebagai hasil dari proses pendidikan, latihan dan pembangunan tenaga kerja dari semua peringkat.
  • Membangunkan kerjasama dengan ahli perniagaan supaya dapat mewujudkan peluang kepada pihak pengajar dan pelajar untuk mempelajari kemahiran abad ke 21.
  • Membina kemahiran abad ke 21 dalam perancangan jangka panjang negara serta memperuntukkan belanjawan untuk usaha tersebut di peringkat sekolah.
  • Melantik pengawai atau penguatkuasa bagi memantau pembangunan kemahiran abad ke 21 di sekolah-sekolah.
  • Menyediakan kemahiran abad ke 21 kepada baka-bakal guru.
Amalan kemahiran abad ke 21 di Amerika Syarikat
Dalam P&P di negara Amerika Syarikat,kemahiran abad ke 21 dipraktikkan melalui beberapa cara dan proses:
  1. Kemahiran inovasi dan pembelajaran
- kemahiran inovasi dan kretiviti
- kemahiran menyelesaikan masalah dan berfikiran kritis
- kemahiran berkolaborasi dan komunikasi
2. Kemahiran teknologi, informasi dan media
- celik maklumat
- celik media
- celik ICT ( informations and communications technology)
3. Kemahiran hidup dan kerjaya
- fleksibiliti dan adaptasi
- inisiatif dan hala tuju diri
- kemahiran merentas budaya dan sosial (cross-cultural skills)
- produktiviti dan kebertanggungjawaban (accountability)
- kepimpinan dan tanggungjawab






Tuesday 4 October 2011

Komputer Dalam Pendidikan

Assalamualaikum w.b. t :)


Hari pertama menejejakkan kaki ke Makmal Komputer , hati saya berdebar-debar. Saya masih tidak mampu membayangkan sedikit pun mengenai kursus yang saya ambil iaitu Komputer dalam Pendidikan. Namun,setelah diberi penerangan secara mendalam serta menyeluruh , mula timbul rasa minat saya terhadap kursus ini. Tapi taklah minat sangat ( tapi minat masih boleh dipupuk ) .. Kursus Komputer dalam Pendidikan wajib dikuasai oleh semua pelajar khususnya bakal guru. Pada zaman yang serba maju ini , majoriti daripada proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer serta kemahiran ICT. Oleh hal yang demikian , seorang bakal guru semestinya memiliki kemahairan dalam bidang ICT khususnya untuk dipraktikkan apabila mula mengajar kelak. InsyaAllah :)




Pengajaran pertama ( minggu 1 dan 2 )








Kelas pertama bermula. Saya dan rakan-rakan yang lain telah diberi penerangan mengenai struktur kursus. Pelbagai perkara yang telah kami pelajari sepanjang kelas yang berlangsung selama 3 jam. Kami didedahkan dengan cara menjaga etika serta adab sopan semasa menghantar email kepada pensyarah. Selain itu,aspek pemakaian juga turut ditekankan kepada pelajar dalam kursus ini. Pelajar termasuk saya sendiri seharusnya menjaga etika berpakaian dan sentiasa menunjukkan imej sebagai seorang bakal guru. insyaAllah :) Imej bebaju kurung serta berkasut tetap menjadi pilihan saya. 
Perkara pertama yang saya dan rakan-rakan perlu buat adalah email rasmi masing-masing. Tidak dinafikan pelajar kebanyakkannya sudah memiliki email masing-masing. Namun demikian,email rasmi perlu dibuat untuk berhubung dengan pensyarah dan rakan-rakan sekelas. Email perlu dibuat melalui yahoo account dan google account. Hasilnya , saya dan rakan-rakan memiliki dua akaun email rasmi. 


YAHOO ACCOUNT : Langkah pertama adalah dengan membuka laman sesawang yahoo. Kemudian , tekan "sign in " . Arahan selanjutnya akan dikeluarkan. Pelajar hanya perlu mengikuti arahan yang diberi dan seterusnya berjaya menghasilkan email. Mudah kan??










GOOGLE ACCOUNT : Pelajar hendaklah menbuka laman sesawang google. Seterusnya , klik pada "gmail" dan kemudian terus klik ke "create new account". Ikut arahan yang tertera dan lengkapkan profil diri yang sebenar seterusnya berjaya membuka akaun email yang baru. Kan dah ada 2 email rasmi.
*PASTIKAN pelajar meletakkan atau melengkapkan signature yang lengkap bagi kedua-dua akaun tersebut... :) Seterusnya hendaklah dihantar kepada Course Coordinator.





Saya tidak menghadapi kesukaran sepanjang proses membuka account email yang baru. Alhamdulillah :) Harap saya akan terus diberi kemudahan lagi di masa yang akan datang.




Membuka Facebook rasmi


Facebook rasmi perlu dibuka untk tujuan komunikasi dengan pensyarah di samping untuk membuat perbincangan sesama rakan-rakan yang lain. Semestinya pelajar pastinya telah memiliki account facebook masing-masing (termasuk saya sendiri). Bagi mengelakkan kekeliruan , saya telah membuka satu lagi account facebook yang rasmi. Yahoo account atau google account digunakan untuk membuka account facebook yang baru. Tapi saya memilih untuk menggunakan yahoo account. Untuk mendaftar acccount facebook yang baru , pelajar diminta untuk mengisi maklumat diri. Setelah selesai,pelajar perlu klik "sign up" untuk mengaktifkan account facebook. Selesai mendaftar,pelajar diminta untuk menambah rakan sekelas untuk menjadi rakan di facebook. Course coordinator Dr Siti Fatimah Mohd Yassin juga perlu ditambah menjadi rakan serta Penyelaras masing-masing. URL yang digunakan seharusnya sama dengan nama yang telah digunakan oleh pelajar pada email masing-masing.









Menyertai serta membuka yahoo





Saya dan rakan-rakan diminta menyertai yahoo group http://groups.yahoo.com/group/ge1155-2011 untuk mendapatkan maklumat mengenai tugasan masing-masing. Saya dan rakan-rakan yang lain perlu membuKa laman sesawang yahoo terlebih dahulu untuk menyertai  group seperti yang tertera di atas. Kemudian klik pada menu yahoo group ( sebelah kiri ).. Langkah seterusnya , saya dan rakan-rakan perlu membuat yahoo group sendiri secara individu dan bukannya berkumpulan. Setelah selesai , jemput Course Coordinator dan Penyelaras masing-masing untuk menyertai yahoo group yang telah dibuat. :) Yahoo group juga boleh digunakan oleh pelajar untuk berbincang mengenai tugasan masing-masing.




Membuka Facebook Group



Setiap pelajar diminta membuka facebook group masing-masing melalui account facebook rasmi yang telah dibuat. Facebook group juga boleh dijadikan medan perbincangan tugasan masing-masing. Ahli-ahli dalam facebook group boleh berkongsi dan bertukar idea. Setelah selesai membuka facebook group , pelajar hendaklah menambah ahli-ahli di dalam group masing-masing. Jangan lupa untuk mengajak Course Coordinator dan Penyelaras masing-masing utuk menyertai facebook group :)










Membina blog rasmi
 



Blog? kadang-kadang tempat untuk seseorang meluahkan perasaan. Tapi kan,blog banyak fungsi nya. Sebagai pelajar,blog boleh digunakan untuk refleks semula apa yang telah dipelajari di dalam kelas dan sebagainya. Bercerita pasal blog,sebelum ni memang tak pernah ada blog pun. Jadi inilah blog pertama saya. :) Saya baru pandai nk guna blog ni. InsyaAllah kalau dah lama nanti , saya semakin pandai nak guna blog. Saya telah berjaya mencipta blog sendiri. Tapi design blog saya ni biasa-biasa je. Saya akan cuba pertingkatkan di masa akan datang. :))





















Secara keseluruhannya,saya mengambil masa yanga agak lama juga untuk menyiapkan tugasan ni. Sepatutnya minggu ni,saya dah buat tugasan lain. Oleh sebab suka menangguhkan kerja,jadi sya baru menyiapkan tugasan yang diberikan malam ni. Moral of the story : JANGAN SUKA TANGGUHKAN KERJA. Peringatan untuk  saya sendiri ( Nur Khairunnisa Adian ) :))))




I ONLY KNOW HOW TO BE ME , WON'T BE ANOTHER CARBON COPY :)