Tuesday 4 October 2011

Komputer Dalam Pendidikan

Assalamualaikum w.b. t :)


Hari pertama menejejakkan kaki ke Makmal Komputer , hati saya berdebar-debar. Saya masih tidak mampu membayangkan sedikit pun mengenai kursus yang saya ambil iaitu Komputer dalam Pendidikan. Namun,setelah diberi penerangan secara mendalam serta menyeluruh , mula timbul rasa minat saya terhadap kursus ini. Tapi taklah minat sangat ( tapi minat masih boleh dipupuk ) .. Kursus Komputer dalam Pendidikan wajib dikuasai oleh semua pelajar khususnya bakal guru. Pada zaman yang serba maju ini , majoriti daripada proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer serta kemahiran ICT. Oleh hal yang demikian , seorang bakal guru semestinya memiliki kemahairan dalam bidang ICT khususnya untuk dipraktikkan apabila mula mengajar kelak. InsyaAllah :)




Pengajaran pertama ( minggu 1 dan 2 )








Kelas pertama bermula. Saya dan rakan-rakan yang lain telah diberi penerangan mengenai struktur kursus. Pelbagai perkara yang telah kami pelajari sepanjang kelas yang berlangsung selama 3 jam. Kami didedahkan dengan cara menjaga etika serta adab sopan semasa menghantar email kepada pensyarah. Selain itu,aspek pemakaian juga turut ditekankan kepada pelajar dalam kursus ini. Pelajar termasuk saya sendiri seharusnya menjaga etika berpakaian dan sentiasa menunjukkan imej sebagai seorang bakal guru. insyaAllah :) Imej bebaju kurung serta berkasut tetap menjadi pilihan saya. 
Perkara pertama yang saya dan rakan-rakan perlu buat adalah email rasmi masing-masing. Tidak dinafikan pelajar kebanyakkannya sudah memiliki email masing-masing. Namun demikian,email rasmi perlu dibuat untuk berhubung dengan pensyarah dan rakan-rakan sekelas. Email perlu dibuat melalui yahoo account dan google account. Hasilnya , saya dan rakan-rakan memiliki dua akaun email rasmi. 


YAHOO ACCOUNT : Langkah pertama adalah dengan membuka laman sesawang yahoo. Kemudian , tekan "sign in " . Arahan selanjutnya akan dikeluarkan. Pelajar hanya perlu mengikuti arahan yang diberi dan seterusnya berjaya menghasilkan email. Mudah kan??










GOOGLE ACCOUNT : Pelajar hendaklah menbuka laman sesawang google. Seterusnya , klik pada "gmail" dan kemudian terus klik ke "create new account". Ikut arahan yang tertera dan lengkapkan profil diri yang sebenar seterusnya berjaya membuka akaun email yang baru. Kan dah ada 2 email rasmi.
*PASTIKAN pelajar meletakkan atau melengkapkan signature yang lengkap bagi kedua-dua akaun tersebut... :) Seterusnya hendaklah dihantar kepada Course Coordinator.





Saya tidak menghadapi kesukaran sepanjang proses membuka account email yang baru. Alhamdulillah :) Harap saya akan terus diberi kemudahan lagi di masa yang akan datang.




Membuka Facebook rasmi


Facebook rasmi perlu dibuka untk tujuan komunikasi dengan pensyarah di samping untuk membuat perbincangan sesama rakan-rakan yang lain. Semestinya pelajar pastinya telah memiliki account facebook masing-masing (termasuk saya sendiri). Bagi mengelakkan kekeliruan , saya telah membuka satu lagi account facebook yang rasmi. Yahoo account atau google account digunakan untuk membuka account facebook yang baru. Tapi saya memilih untuk menggunakan yahoo account. Untuk mendaftar acccount facebook yang baru , pelajar diminta untuk mengisi maklumat diri. Setelah selesai,pelajar perlu klik "sign up" untuk mengaktifkan account facebook. Selesai mendaftar,pelajar diminta untuk menambah rakan sekelas untuk menjadi rakan di facebook. Course coordinator Dr Siti Fatimah Mohd Yassin juga perlu ditambah menjadi rakan serta Penyelaras masing-masing. URL yang digunakan seharusnya sama dengan nama yang telah digunakan oleh pelajar pada email masing-masing.









Menyertai serta membuka yahoo





Saya dan rakan-rakan diminta menyertai yahoo group http://groups.yahoo.com/group/ge1155-2011 untuk mendapatkan maklumat mengenai tugasan masing-masing. Saya dan rakan-rakan yang lain perlu membuKa laman sesawang yahoo terlebih dahulu untuk menyertai  group seperti yang tertera di atas. Kemudian klik pada menu yahoo group ( sebelah kiri ).. Langkah seterusnya , saya dan rakan-rakan perlu membuat yahoo group sendiri secara individu dan bukannya berkumpulan. Setelah selesai , jemput Course Coordinator dan Penyelaras masing-masing untuk menyertai yahoo group yang telah dibuat. :) Yahoo group juga boleh digunakan oleh pelajar untuk berbincang mengenai tugasan masing-masing.




Membuka Facebook Group



Setiap pelajar diminta membuka facebook group masing-masing melalui account facebook rasmi yang telah dibuat. Facebook group juga boleh dijadikan medan perbincangan tugasan masing-masing. Ahli-ahli dalam facebook group boleh berkongsi dan bertukar idea. Setelah selesai membuka facebook group , pelajar hendaklah menambah ahli-ahli di dalam group masing-masing. Jangan lupa untuk mengajak Course Coordinator dan Penyelaras masing-masing utuk menyertai facebook group :)










Membina blog rasmi
 



Blog? kadang-kadang tempat untuk seseorang meluahkan perasaan. Tapi kan,blog banyak fungsi nya. Sebagai pelajar,blog boleh digunakan untuk refleks semula apa yang telah dipelajari di dalam kelas dan sebagainya. Bercerita pasal blog,sebelum ni memang tak pernah ada blog pun. Jadi inilah blog pertama saya. :) Saya baru pandai nk guna blog ni. InsyaAllah kalau dah lama nanti , saya semakin pandai nak guna blog. Saya telah berjaya mencipta blog sendiri. Tapi design blog saya ni biasa-biasa je. Saya akan cuba pertingkatkan di masa akan datang. :))





















Secara keseluruhannya,saya mengambil masa yanga agak lama juga untuk menyiapkan tugasan ni. Sepatutnya minggu ni,saya dah buat tugasan lain. Oleh sebab suka menangguhkan kerja,jadi sya baru menyiapkan tugasan yang diberikan malam ni. Moral of the story : JANGAN SUKA TANGGUHKAN KERJA. Peringatan untuk  saya sendiri ( Nur Khairunnisa Adian ) :))))




I ONLY KNOW HOW TO BE ME , WON'T BE ANOTHER CARBON COPY :)









No comments:

Post a Comment