Monday 10 October 2011

Minggu keempat :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Bertemu lagi kita pada hari ini. Harap-harap semuanya berada dalam keadaan sihat hendaknya. Alhamdulillah. Saya masih diberi kesempatan untuk menulisa di dalam blog ini.
Minggu ni sibuk sikit sebab terlibat serta menjadi peserta untuk Program Interaksi UPSM. Penat tapi sangat seronok sebenarnya. Hari saya saya berkesempatan untuk singgah di blog ini..

TUGASAN

Setelah selesai menaip tugasan yang diberikan dengan menggunakan Google.doc , saya telah meletakkan hasil tugasan kumpulan kami di dalam facebook group saya. Saya memerlukan pendapat , komen dan sebagainya dari ahli facebook group saya. Kami boleh bertukar-tukar pendapat serta maklumat untuk memantapkan lagi hasil tugasan kami. Seperti yang kita tahu , seorang mahasiwa atau mahasisiwi seharusnya boleh berfikir di luar kotak. Maksudnya , pemikiran hendaklah sentiasa ke hadapan dan boleh memberikan idea-idea serta pendapat yang bernas. Dengan cara ini , kami boleh berbincang serta bantu membantu antara satu dengan yang lain. Bak kata pepatah " ringan sama dijinjing , berat sama dipikul". InsyaAllah , ilmu yang ada boleh dikongsi bersama rakan-rakan yang lain.



Sekian sahaja untuk kali ini. kita jumpa lagi di minggu hadapan. Terima kasih kerana sudi membaca.
Salam sayang dari sya untuk anda semua.
Terima kasih :)

No comments:

Post a Comment