Thursday 6 October 2011

Minggu ketiga :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Bertemu lagi kita pada minngu ini. Alhamdulillah. Allah masih memberi peluang kepada kita untuk meneruskan kehidupan di bumi ciptaan-Nya ini.
Minggu ni saya dan rakan-rakan diminta untuk melakukan tugasan secara berpasangan. Kami diminta untuk memilih tajuk-tajuk yang telah diberikan. Antara tajuk yang diberi adalah seperti berikut :



  •  21st Century Skills 
  • Thinking skills and ICT
  • Internet and Computer Secutity ( Virus , Spam , Phising ) and Operating system
  • Original licensed software
  • Open source Software
  • Web 2.0 in education
  • E-learning and Mobile leaning
Saya dan pasangan saya iaitu Nurul Nadira Binti Mohd Noor telah memilih tajuk 21st Century Skills ( Kemahiran Abad ke-21 ). Saya juga memilih untuk membuat tugasan dalam Bahasa Malaysia. Tugasan yang diberikan dinamakan THINK , PAIR , SHARE activity.

Kaji topik kursus atau tugasan secara individu.

Saya mula membuka laman sesawang iaitu " Google " yang biasa sya gunakan untuk mencari maklumat. Saya mencari maklumat mengenai Kemahiran Abad ke-21 secara berseorangan. Antara kaedah yang saya gunakan adalah seperti kaedah pertanyaan iaitu APA , SIAPA , KENPA , DI MANA DAN BAGAIMANA. Melalui kaedah ini,maklumat yang saya perlukan lebih mudah untuk dicari. Maklumat yang telah diperolehi telah saya kumpulkan menjadi satu folder.

Berbincang dengan pasangan saya mengenai topik yang sama.


Perbincangan dengan pasangan saya dibuat secara bersemuka memandangkan kami tinggal di kolej yang sama. Kami berbincang bersama dan memilih untuk menjadikan 'facebook group' saya sebagai medan perbincangan denagan rakan-rakan yang lain. Hasil perbincangan telah saya letakkan dalam satu folder untuk dirujuk semula pada masa yanag akan datang.

Tugasan bermula


Saya dan kawan saya mula membuat tugasan. Kami masih mencari maklumat untuk dimuatkan di dalam tugasan kami. Kami juga menyediakan link bagi sesuatu maklumat yang kami perolehi bagi memudahkan rakan-rakan yang lain membuat rujukan dari semasa ke semasa. Antara subtopik yang kami sertakan dalam tugasan kami dalah seperti berikut :

  • Definisi dan konsep Kemahiran 
  • Kenapa perlu Kemahiran Abad ke-21?
  • Tanggungjawab guru atau pendidik untuk menyediakan serta mempersiapkan generasi yang mempunyai Kemahiran Abad ke-21.
  • Kemahiran Abad ke-21 dalam konteks piawaian akedamik yang telitil.
  • Bentuk teknologi digital yang yang merupakan sumber terbaik untuk membina kemahiran komunikasi interaktif.
  • Kemahiran komunikasi interaktif.
  • Pendidikan abad ke-21.
  • Elemen yang terkandung dalam Kemahiran Abad ke-21.
  • Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran yang ada dalam Kemahiran Abad ke-21
*REFLEKSI


KEMAHIRAN ABAD KE-21





Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang maju dan sentiasa menyediakan rakyatnya bagi menghadapi sebarang cabaran global supaya negara mereka sentiasa dapat bersaing dalam ekonomi dan teknologi. Antara cabaran terbesar yang perlu dihadapi oleh negara tersebut adalah menyediakan rakyat mereka untuk menguasai kemahiran abad ke21. Pendidikan memainkan peranan penting didalam mencorak ekonomi dan negara mereka. Beberapa polisi telah dibuat bagi memastikan negara mereka tidak ketinggalan dari menguasai kemahiran ini.
Polisi Persekutuan



  1. Menubuhkan jawatan Penasihat Kanan kepada Presiden untuk memudahkan usaha yang komprehensif keatas R&D( research and development) bagi membangunkan Kemahiran abad ke 21 dalam aspek pendidikan.
  2. Menubuhkan pejabat di Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat yang membuat rangka kerja untuk pembelajaran kemahiran abad ke 21.
  3. Memberi dana sebanyak 2 billion US dollar untuk pendidikan dan suku daripadanya digunakan untuk membangunkan R & D kemahiran abad ke 21 yang merangkumi kurikulum, arahan dan strategi penilaian.
  4. Menggubal Polisi Pembangunan Tenaga Kerja Kebangsaan-memastikan sekolah dilengkapi teknologi dan peralatan Abad ke 21 dan memastikan pendidikan kemahiran abad ke 21 membuahkan hasil.
Polisi Negeri
  1. Membuat polisi pembangunan tenaga kerja bagi peringkat negeri.Setiap aspek perlulah memberi fokus kepada usaha untuk mencapai matlamat iaitu penguasaan kemahiran abad ke 21.
  2. Melantik pegawai bertaraf anggota kabinet bagi memimpin dan menyelaraskan inisiatif kemahiran abad ke 21 bagi peringkat negeri.
  3. Selaraskan kaedah untuk mengukur hasil pengajaran kemahiran abad ke 21.
  4. Mengadakan kerjasama dengan syarikat perniagaan bagi menyediakan peluang kepada pendidik dan pelajar untuk belajar kemahiran abad ke 21.
  5. Menubuhkan pusat peringkat negeri untuk pembangunan profesional, pengajaran dan penilaian kemahiran abad ke 21.
Membangunkan Kemahiran Abad Ke 21 Di Malaysia
Antara langkah-langkah proaktif yang boleh diambil oleh Malaysia bagi membangunkan kemahiran abad ke 21 adalah :
  • Mengumpulkan ahli-ahli akademik dan ahli perniagaan bagi membincangkan mengenai kemahiran abad ke 21 demi kepentingan masyarakat dan negara.
  • Menjadikan kemahiran abad ke 21 sebagai salah satu dari strategi bagi membangunkan negara.
  • Menjadikan kemahiran abad ke 21 sebagai hasil dari proses pendidikan, latihan dan pembangunan tenaga kerja dari semua peringkat.
  • Membangunkan kerjasama dengan ahli perniagaan supaya dapat mewujudkan peluang kepada pihak pengajar dan pelajar untuk mempelajari kemahiran abad ke 21.
  • Membina kemahiran abad ke 21 dalam perancangan jangka panjang negara serta memperuntukkan belanjawan untuk usaha tersebut di peringkat sekolah.
  • Melantik pengawai atau penguatkuasa bagi memantau pembangunan kemahiran abad ke 21 di sekolah-sekolah.
  • Menyediakan kemahiran abad ke 21 kepada baka-bakal guru.
Amalan kemahiran abad ke 21 di Amerika Syarikat
Dalam P&P di negara Amerika Syarikat,kemahiran abad ke 21 dipraktikkan melalui beberapa cara dan proses:
  1. Kemahiran inovasi dan pembelajaran
- kemahiran inovasi dan kretiviti
- kemahiran menyelesaikan masalah dan berfikiran kritis
- kemahiran berkolaborasi dan komunikasi
2. Kemahiran teknologi, informasi dan media
- celik maklumat
- celik media
- celik ICT ( informations and communications technology)
3. Kemahiran hidup dan kerjaya
- fleksibiliti dan adaptasi
- inisiatif dan hala tuju diri
- kemahiran merentas budaya dan sosial (cross-cultural skills)
- produktiviti dan kebertanggungjawaban (accountability)
- kepimpinan dan tanggungjawab






No comments:

Post a Comment