Tuesday 29 November 2011

Minggu Sembilan dan Sepuluh :)

MULTIMEDIA IN EDUCATION

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)
Minngu ini tugasan saya agak lambat berbanding minggu-minggu yang lain. Hal ini disebabkan oleh pelbagai masalah yang timbul.Masalah peribadi,masalah di kolej dan sebagainya.Alhamdulillah,pada hari ini saya berkesempatan untuk menjenguk blog dan membuat tugasan yang telah diamanahkan kepada saya.

Pertama saya,saya mempelajari 2D graphic editing software .


Antara 2D graphic editing software ialah MICROSOFT PAINT / PAINT BRUSH.

Melalui Microsoft piant ini,saya boleh melukis bermacam-macam bentuk 2D. 


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penggunaan Microsoft Paint , boleh klik    >>    Klik :)


Microsoft Paint

Windows menyediakan kemudahan pemprosesan gambar.Kemudahan ini menyediakan prasarana penggeditan gambar  yang cukup lengkap, seperti membuat garis lurus, melengkung, lingkaran, memberi warna, dan pengeditan teks, serta proses pencetakan. PAINT adalah program melukis grafik sederhana yang bersepadu dengan hampir kesemuaMicrosoft Windows.Juga dirujuk sebagai MS Paint atau Microsoft Paint. Program ini boleh membuka dan menyimpan gambar dalam pelbagai format, iaitu BMP, JPEG, GIF, PNG, dan TIFF. Langkah-langkah menjalankan Program Menggunakan Paint adalah:

1. Buka program Microsoft Paint dengan klik butang Start yang ada di taskbar laptop/computer.
2. Klik Menu All Program, Accessories, Paint
3. Paint akan dipaparkan

Dalam Paint ,terdapat menu yang disediakan pada baris menu yang digunakan dalam membuat mahupun mengeditgambar, iaitu:
Menu File : Berisikan beberapa arahan yang digunakan untuk menentukan segala aktiviti yang berkaitan dengan fail, iaitu:
• New, digunakan untuk mula dengan membuat fail baru
• Open, digunakan untuk membuka fail imej (. BMP dan. PCX)
• Save, digunakan untuk menyimpan gambar yang telah diedit
• Save As, digunakan untuk menyimpan gambar dengan nama lain
• Print Preview, digunakan untuk melihat gambar di skrin laptop
• Page Setup, digunakan untuk menetapkan kertas kerja yang digunakan untuk mencetak
• Print, digunakan untuk mencetak gambar
• Set as Wallpaper (tiled), untuk membuat wallpaper memenuhi skrin laptop
• Set as Wallpaper (centered), untuk membuat wallpaper tepat di tengah-tengah skrin laptop
• Exit, digunakan untuk keluar dari program Paint

Menu Edit

Keseluruhan kandungan menu ini digunakan untuk proses pengeditan suatu gambar yang ada dalam Paint.
• Undo, digunakan untuk membatalkan suatu proses yang terkini dilakukan
• Cut, digunakan untuk membuang teks / gambar untuk dipindahkan atau dibuang
• Copy, digunakan untuk membuat salinan  gambar / teks
• Paste, digunakan untuk menyalin gambar dari clipboard ke paint
• Paste From, digunakan untuk memasukkan gambar dari fail lain
• Clear Selection, membuang/ memadam  gambar yang sudah dipilih
• Select All, digunakan untuk memilih gambar

Menghasilkan gambar dengan Paint

Pada skrin Paint terdapat Toolbox yang mengandungi icon-icon kemudahan untuk menghasilkan gambar pada skrin, disamping juga palet warna untuk memilih warna-warna yang akan digunakan menghasilkan gambar yang baik. Berikut ini nama dan fungsi masing-masing icon pada Toolbox:

Warna foreground dan background boleh dipilih dari palet warna yang sama. Untuk memilih warna foreground selepas memilih tool gambar yang dikehendaki, klik kiri warna yang kita pilih. Manakala untuk memilih warna background klik kanan warna yang dikehendaki.




Seterusnya pula ialah SHAPES / SMART ART POWERPOINT.


PENGENALAN
Power Point 2007 dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri yang mudah digunakan dandifahami. Pada hakikatnya, menyediakan persembahan boleh manjadi suatu pengalaman yang menyeronokkan dengan menggunakan Power Point 2007.

Menyediakan Persembahan yang ringkas
Anda boleh menggunakanwizard, template dan ciri-ciri Power Point yang lain untuk menghasilkansuatu persembahan yang professional dengan segera.

Mengolah teks
Perkataan merupakan unsur terpenting setiappersembahan dan Power Point menyediakan banyak alat pemprosesanperkataan untuk membantu anda menyediakan terks yang mudahdibaca dan bebas dari kesilapan.

Mengendalikan Grafik
Imej boleh ditambah untuk menghasilkanpersembahan yang lebih menarik. Alat lukis Power Point mudahdigunakan oleh sesiapa sahaja.

Menambah Kesan Khas
Membantu penonton mengikut persembahan anda di sekitan gelap merupakan satu cabaran bagi setiap penyampai.Anda boleh menambah persembahan dengan kesan bunyi, tayangan gambar dan kesan peralihan slaid.

Menambah carta dan Jadual
Adakalanya perkataan dan gambarbukanlah cara terbaik untuk menyampaikan mesej anda. Power Pointmengandungi ciri-ciri yang membolehkan anda menambah carta grafik,carta organisasi dan jadual ke dalam persembahan anda. Sekiranya alat-alat ini tidak memadai, anda boleh menambah unsur lain seperti helaian data dari program lain. 

Memulakan Microsoft Power Point

1. Klik butang START > PROGRAM >  dan klik pada Microsoft Power Point.


Seterusnya pula ialah Klik tab INSERT > ILLUSTATIONS RIBBON > dan klik SHAPES


Smart art Graphic.

Seterusnya lagi ialah GIMP ( OSS )

Perisian GIMP i ni perlu dimuat turun dari internet. Perisian ini dibekalkan secara percuma. Saya hanya perlu memuat naik perisian ini ke dalam laptop saya dan mengambil masa lebih kurang 30 minit.

Setelah siap dimuat naik , perisian GIMP perlu dipasang dan akan terpapar skrin seperti di bawah.


Fungsi utama :

A. Melukis
Menyediakan alat melukis yang lengkap  termasuk Brush, Pencil, Airbrush, Clone, dan lain-lain.
Menyediakan berus dan pola sistem lukisan
Had memori yang  kecil sehingga saiz gambar hanya terhad kepada ruang yang sedia ada.
Jumlah gambar yang dapat dibuka pada satu masa  adalah  tidak terhad.

B. Animasi
GIMP dapat menyimpan animasi dalam format frame sebagai layer.Dalam GAP ( GIMP Animation Package ) terdapat navigation frame,Onion skin dan Bluebox.

C. Merekabentuk paparan untuk sesuatu laman web

D. Menambah baik , memperbaiki serta menyerlahkan lagi imej yang sedia ada.


Selain itu,google draw juga boleh digunakan.

Juga dikenali sebagai google SketchUp.




Untuk tips bagi google SketchUp dengan lebih lanjut  > > Sila Klik :D

Paparan pertama yang saya lihat apabila mula menggunakan program ini adalah seperti :


Fungi Google SketchUp adalah untuk menghasilkan imej yang berbentuk 3D. Amat membantu dalam penghasilan filem animasi seperti sekarang. Kebayakan filem animasi dipaparkan dalam imej 3D.Ternyata,Google SketchUp dapat membantu untuk menghasilkan filem tersebut.

Yang terakhir sekli ialah OpenOffice Draw (OSS).


Paparan yang saya dapat apabila mula membuka OpenOffice Draw adalah seperti gambar di bawah :


Antara  tools yang ada : 



Pelbagai pilihan tools ada serta boleh digunakan unutk melukis. Tools yang disediakan memudahkan saya untuk menghasilkan lukisan.Cara penggunaa adalah tidak terlalu sukar.


Penggunaan Microsoft Publisher


Tugasan seterusnya pula memerlukan saya menggunakan Microsoft Publisher.
Microsoft Publisher boleh digunakan untuk menghasilkan bahan penerbitan yang baik serta lengkap dengan kemudahan tools. Antara rekaan yang boleh dihasil menggunakan Microsoft Publisher ialah risalah.kad ucapan,katalog,buletin dan sebagainya.


Skrin seperti di atas akan terpapar apabila membuka Microsoft Publisher.

Tugasan menggunakan Microsoft Publisher ini memerlukan saya membuat risalah ( brochure ) . Risalah yang dibuat adalah berdasarkan tajuk Tugasan 1 iaitu Kemahiran Abad ke 21.

Untuk membuat risalah Kemahiran Abad ke 21 , saya membuka Microsoft Publisher. Caranya adalah seperti di bawah :


Tekan START > ALL PROGRAMS > MICROSOFT OFFICE > MICROSOFT PUBLISHER.

Seterusnya pula , akan keluar paparan seperti di bawah :


Tekan > BROCHURE dan paparan seterusnya akan keluar.


Di paparan ini,disediakan beberapa template yang boleh digunakan untuk membuat risalah. Saya telah memilih satu template dan seterusnya saya klik untuk create untuk meneruskan usaha saya bagi menghasilkan risalah yang diinginkan.

Ini merupakan template yang telah saya pilih :


Saya telah mengedit bahagian-bahagian dalam risalah ini untuk disesuaikan dengan tajuk risalah yang saya hasilkan.
Saya juga telah memasukkan gambar-gambar yang berkaitan dengan tajuk risalah saya. Cara saya memasukkan gambar ke dalam risalah saya adalah seperti berikut :


Apabil selesai memasukkan gambar , saya mula bermain dengan tools yang lain seperti warna , tulisan dan sebagainya. Hasilnya tidak begitu memuaskan hati saya. Saya berusaha untuk membuat lagi pada masa akan datang.

Hasil Risalah Kemahiran Abad ke 21

(Microsoft Publisher)

Saya telah menukarkan format risalah ini kepada format PDF.



Setelah selesai , saya memuatnaik fail risalah ini ke dalam  yahoogroup saya sendiri.




Tugasan seterusnya pula ialah membuat booklet.

Booklet hendaklah dibuat menggunakan Bookfold yang terdapat di dalam Microsoft Word.


Booklet yang dibuat adalah berkaitan dengan tajuk tugasan kami iaitu Kemahiran Abad ke 21.Laporan jurnal yang dibuat pada tugasan sebelum ini telah dimuatkan di dalam booklet ini.

Kami juga telah mengaplikasikan grapik yang bersesuaian sebagai muka depan booklet kami.

Hasil booklet kami :








Setelah selesai , saya telah memuatnaikkan hasil booklet saya ke dalam yahoo group saya.


Sekian , tugasan seterusnya menanti untuk diselesaikan...

Monday 14 November 2011

Minggu ketujuh dan kelapan :)

Assalamualaikum.
Topik minggu ini : " Statistical Package for Social Science (SSPS) "


Daripada kaji selidik yang telah dilakukan oleh saya dan pasangan saya,kami memindahkan data dan maklumat kaji selidik ke dalam SSPS . Saya dan pasangan saya menghadapi kesukaran kerana kami tidak mengetahui apa-apa mengenai SSPS apatah lagi untuk menggunakan serta mengaplikasikannya. Saya dan rakan lain berjumpa dengan Encik Mansor untuk meminta perisian SSPS tersebut. Encik Mansor setuju untuk memberikan perisia tersebut. Terima kasih Encik Mansor :) 
Setelah  mendapat perisian SSPS tersebut , saya tidak terus membuat kerja yang diamanahkan. Saya sibuk memikirkan cara untuk balik ke Sarawak. Secara jujurnya , saya langsung tidak mengendahkan tugasan saya sebaliknya sibuk memkirkan penerbangan saya ke Sarawak. 
Kerja saya dimulakan dengan memindahkan data dari borang soal selidik kumpulan kami ke dalam SSPS. Kami telah memberikan kod untuk setiap pembolehubah yang ada dalam soal selidik kami. Contonya seperti no id bagi setiap borang soal selidik yang telah dijawab oleh responden seperti KM1,KM2,KM3,KM4 , ......................... Seterusnya pula diikuti oleh jantina responden. Kod yang digunakan adalah seperti berikut :
                               0 = lelaki
                               1 = perempuan
Seterusnya pula adalah skala untuk menentukan respon dari responden iaitu :
                               0 = Sangat Tidak Setuju
                               1 = Tidak Setuju
                               2 = Kurang Setuju
                               3 = Setuju
                               4 = Sangat bersetuju

Setelah selesai , kami membuka SSPS dan menamakan pembolehubah yang telah kami guna sepanjang soal selidik dijalankan.

Antara pembolehubah yabg digunakan adalah :
  • Nonbor id
  • Jantina
  • Umur
  • Penempatan
  • Skala jawapan

    Setelah selesai memindahkan data ke dalam SSPS , kami membuat analisis data yang telah dimasukkan. SSPS membantu kami membuat Frequencies , analisis data dan graf. Hasil ini membantu kami untuk membuat laporan mengenai soal selidik ini.

    Seletah mendapatkan graf dan jadual , kami memindahkan kesemuan nya ke dalam OpenOffice Writer untuk membuat laporan seterusnya.
    Kami juga membuat soal selidik secara subjektif melalui facebook group. araespon serta pandangan dari rakan-rakan serta pasanagan kerja akan dimuatkan dalam laporan nanti.
    Seterusnya,kami menyiapkan laporan berdasarkn praforma yang diberikan.


    1. Tajuk laporan hendaklah dibuat berdasarkan tajuk tugasan iaitu Kemahiran Abad ke-21..

    2. Abstrak pula merujuk kepada keseluruhannya kandungn laporan untuk membuat kesimpulan awal.Kesimpulan awal bertujuan memberitahu kepada pembaca tujuan laporan ditulis.



    3. Pengenalan pula merujuk kepada permulaan sesuatu laporan.Pendahuluan hendaklah ditulis berdasarkan kehendak tugasan dan tidak menyimpang dari tajuk asal.

    4. Kajian lepas merujuk kepda model atau contoh kepada laporan yang akan dibuat. Selain uitu,bertujuan unutk menghuraikan semula teori yang telah diguna pakia sebelum ini. Berkemungkinan sama dengan tajuk tugasan yang diberikan. Cara-cara nya adalah seperti berikut iaitu dengan membaca penulisan ilmiah lepas (berkaitan dengan tajuk ),nilai hasil penulisan dan memastikan penulisan adalah berkualiti,boleh dipercayai,objektif yang berkaitan dengan tujuan kajian dan mencukupi.,buat ringkasan penulisan ilmiah,menggabungkan penulisan ilmiah tersebut menjadi sesuatu yang anda boleh jadikan penyelesain masalah kajian anda. Bagi pendapat sama ada anda setuju dengan pandangan mereka atau sebaliknnya.

    5) Metadologi kajian merujuk kepada langkah yang digunakan untuk membuat kajian. Kaedah membuat kajian hendaklah dinyatakan. Contonhya denagn membuat carta alir  dan sebagainya.


    6) Dapatan kajian merujuk kepada semua data,graf ataupun jadual min atau apa-apa hasil kajian kualitatif mahupun kuatitatif,data-data hasil soal selidik,bincangkan secara ringkas.

    7) Perbincanganmerujuk kepada perbincangan terperinci  teliti hasil kajian yang telah dijalankan. Seharusnya menagitkn objektif kajian serta membuat perbincangan masalah dengan hasil / dapatan kajian.

    8)  Kesimpulan merujuk kepada dapatan kajian,serta pencapaian objektif asal di samping cadangan-cadangan bagi mengatasi masalah yang timbul.


    Laporan yang telah disiapkan :






    Setelah siap,laporan telah dimasukkan ke yahoo group saya dan pasangan saya.

    Untuk melihat laporan jurnal yang telah ldibuat,boleh klik di sini >> Klik ya :D
    Sekian , terima kasih.


    never complain to people around you, learn how to complain to yourself alone for you to visualize your mistakes.